Kelab Colombia, Atletico Nacional, menggesa Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menganugerahkan Copa Sudamericana kepada Chapecoense, selepas nahas kapal terbang meragut nyawa sebahagian besar daripada skuad dan kakitangan kelab Brazil itu.

Chapecoense dijadual menentang Nacional dalam perlawanan pertama final Copa Sudamericana hari ini tetapi pesawat yang dinaiki yang dalam penerbangan ke Medellin terhempas di Cerro Gordo di perbandaran La Union, Colombia, semalam.

Sekurang-kurangnya 74 orang di atas pesawat itu terbunuh, dengan enam individu -- termasuk pemain, Alan Ruschel, Jackson Follmann dan Neto -- dinamakan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Colombia sebagai mangsa.

CONMEBOL menggantung "semua aktiviti" di sebalik berita mengejutkan itu tetapi Nacional menggesa badan pentadbir berkenaan agar bertindak dan menyerahkan skuad Brazil itu -- yang bermain bola sepak divisyen empat pada 2009 -- kejuaraan utama pertama mereka.

Kenyataan kelab berkata: "Setelah mengambil berat tentang kemanusiaan, kami fikir tentang aspek yang kompetitif. Kami mahu menerbitkan komunikasi ini di mana Atletico Nacional menjemput CONMEBOL untuk menganugerahkan Copa Sudamericana kepada Associacao Chapecoense de Futebol sebagai menghormati kehilangan besar mereka.

"Bagi pihak kami, dan selama-lamanya, Chapecoense adalah juara Copa Sudamericana 2016 ."