Atletico Madrid merekodkan catatan terbaru selepas mengharungi 19 perlawanan LaLiga berturut-turut tanpa kalah selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Real Betis, semalam.

Jaringan Saul Niguez sudah memadai buat skuad kendalian Diego Simeone itu meraih tiga mata serta bangkit daripada penyingkiran Liga Juara-Juara (UCL).

Tidak tewas dalam kesemua 15 perlawanan musim ini, kali terakhir Atleti tewas adalah kepada Villareal 1-0 pada 25 April lalu.

Sejak itu, mereka mempamerkan persembahan yang mantap dengan melakar 12 kemenangan dan tujuh seri.

Kemenangan terbaru mereka dihasilkan tanpa kelibat Antoine Griezmann yang direhatkan kerana mengalami masalah kecederaan.