Atalanta beri Milan kekalahan terburuk sejak 21 tahun

Oleh Penulis Jemputan 23 Disember 2019 381
Atalanta beri Milan kekalahan terburuk sejak 21 tahun
ATALANTA 5 MILAN 0

Kekalahan 0-5 AC Milan kepada Atalanta malam tadi merupakan keputusan terburuk mereka dalam Serie A sejak 21 tahun lalu.


Josip Ilicic menjaringkan dua gol manakala Alejandro Gomez, Mario Pasalic dan Luis Muriel turut menemui sasaran ketika pasukan tuan rumah itu mengganas di Bergamo.

Ia hari yang tidak akan dilupakan Stefano Pioli dan skuad Rossoneri kendaliannya dan ia juga hanya kali keempat pasukan itu tewas dengan perbezaan lima gol sepanjang sejarah mereka.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada Mei 1998 di mana AS Roma membelasah Milan di ibu negara Itali itu dengan jaringan Vincent Candela, Luigi Di Biagio (2), Paulo Sergio dan Marco Delvecchio.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen