Astro Kem Bola: Peserta mula fahami konsep latihan di Barcelona

Oleh Penulis Jemputan 28 November 2018 94
Astro Kem Bola: Peserta mula fahami konsep latihan di Barcelona
Peserta Astro Kem Bola 2018 kini mula memahami corak latihan yang diberikan barisan kejurulatihan daripada Akademi Barcelona.

Barisan peserta sudah mula menunjukkan keserasian dan penyesuaian dengan corak latihan yang dilakukan pada hari kedua latihan.

Perkara tersebut diakui sendiri ketua jurulatih Akademi Barcelona, Albert Batalla Fernandez.

"Kami di Barcelona menggunakan pendekatan teknikal yang berbeza.

"Kami membahagikan latihan kepada serangan dan pertahanan.

"Ia juga merangkumi nilai-nilai murni seperti kemanusiaan, usaha, cita-cita dan kerjasama.

"Setakat ini, barisan perserta sudah melakukannya dengan baik, namun apa yang penting bagi kami adalah mereka perlu memahami perlawanan daripada aspek taktikal," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen