Astro Kem Bola: Pemain cilik serap falsafah Barcelona 

Oleh Staff Writer 30 November 2018 615
 Astro Kem Bola: Pemain cilik serap falsafah Barcelona 
Peserta Astro Kem Bola 2018 tampak sudah bersedia untuk memberikan cabaran kepada skuad Akademi Bola Sepak Barcelona dalam aksi persahabatan pertama di Sepanyol. 

Di Akademi Barca ini, peserta-pesera Astro Kem Bola didedahkan dengan corak latihan mengikut falsafah bola sepak pasukan Barcelona. 

Falsafah permainan ini telah ditetapkan di peringkat akar umbi lagi dan ini merupakan satu ilmu yang berguna kepada mereka.

"Latihan yang diterapkan ini boleh digunakan untuk bertemu Barcelona nanti selain diamalkan dalam latihan.

"Kami juga didedahkan dengan perkara baru, ia boleh diterapkan dalam sesi latihan saya," kata peserta Astro Kem Bola 2018, Yuzre Aiman.

"Jika kami menguasai bola, kami perlu bijak menukar arah dan tidak hanya bermain dengan satu arah sahaja. 

"Sekiranya kehilangan bola, kami perlu tutup pemain lawan yang pertama agar menutup ruang mereka menyumbat gol," kata seorang lagi peserta, Nur Safura.

Bagi seorang lagi peserta, Muhammad Afizsam: "Saya belajar cara-cara untuk menutup pergerakan lawan dan merembat."


 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen