Seramai 31 peserta Astro Kem Bola 2018 teruja dalam sesi latihan pertama yang berlangsung di Akademi Barcelona, hari ini.

Stadium mini menjadi saksi kehadiran barisan peserta Astro Kem Bola hari ini tatkala ia menjadi latihan serta pengalaman pertama mereka menikmati program itu di bawah kendalian jurulatih-jurulatih Akademi Barcelona.

“Keadaan sedikit sejuk tetapi seronok. Saya menikmati permukaan padang yang baik. Kami diminta untuk melakukan beberapa perkara seperti timbang bola, hantaran serta kawalan bola,” kata peserta Astro Kem Bola 2018, Tze Young.

“Saya gembira kerana ini kali pertama dapat ke Barcelona dan menjalani latihan di sini. Keadaan memang sejuk sehingga kadangkala tangan tidak dirasai.

"Ini pengalaman paling menyeronokkan, ditambah dengan jurulatih yang baik,” tambah seorang lagi peserta Astro Kem Bola 2018, Syazanah Ismail.

Nantikan laporan terkini peserta-peserta Astro Kem Bola 2018 bersama Hasnizam Uzir dari Barcelona dalam Nadi Arena.