Astro Kem Bola: Barcelona Fukuoka beri cabaran sengit

Oleh Penulis Jemputan 1 Disember 2018 104
Astro Kem Bola: Barcelona Fukuoka beri cabaran sengit
Peserta Astro Kem Bola 2018 diberi tentangan hebat dalam perlawanan pra-persahabatan menentang Akademi Barcelona Fukuoka, semalam.

Hasil daripada empat perlawanan yang diadakan, Malaysia meraih dua kemenangan dan dua kekalahan ketika berdepan Barcelona Fukuoka menerusi keputusan 3-5, 3-2, 4-6 dan 5-2.

Menentang lawan dari Jepun merupakan ujian sebenar buat peserta Astro Kem Bola kali ini tatkala ia merupakan perlawanan amat penting dan menjadi pengalaman buat mereka mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih Akademi Barcelona.

“Sangat gembira dengan aksi berdepan wakil Jepun. Permainan mereka sangat bagus dengan teknik gelecek serta hantaran pendek,” kata peserta Astro Kem Bola 2018, Muhammad Afiszam Abdullah.

“Mereka lawan yang sukar tetapi dengan kerjasama berpasukan, kami dapat menang,” tambah seorang lagi peserta, Ku Nuwairah Ku Kahadzir.

Nantikan laporan terkini barisan peserta Astro Kem Bola 2018 bersama Hasnizam Uzir dari Barcelona dalam Nadi Arena.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen