Astro Kem Bola Barcelona: 31 nama terpilih

Oleh Staff Writer 23 November 2018 173
Astro Kem Bola Barcelona: 31 nama terpilih
Akhirnya penantian 31 peserta Astro Kem Bola terjawab apabila mereka dikumpulkan di Matrix Global School, Sendayan. 

Apa yang lebih menarik, keterujaan dapat dilihat di wajah ibu-bapa dan peserta sebelum mereka memulakan proses menimba ilmu di Barcelona nanti.

"Perkara ini bukan sesuatu yang akan diraih semua orang. Jadi, apabila sudah ke sana, dapatkan ilmu sebaiknya, nikmati setiap detik dan kongsikan bersama rakan-rakan apabila pulang nanti," kata bapa kepada salah seorang peserta, Noran Ismail.

"Kami sangat berbesar hati untuk melibatkan diri dalam pemilihan ini dan telah menunggu detik hari ini," tambah Sophia Chow, ibu kepada peserta, Lauren Hoh.

"Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada ibu saya kerana sentiasa memberikan sokongan. Dia sentiasa ada untuk saya ketika di padang dan sangat berbesar hati dapat membuatkannya berasa bangga," ujar Lauren.

Semua peserta akan berlepas ke Barcelona esok.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen