Astro Kem Bola: Aksi di Nou Camp jadi pengalaman manis 

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2018 87
Astro Kem Bola: Aksi di Nou Camp jadi pengalaman manis 
Menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Camp Nou awal pagi tadi merupakan aktiviti terakhir peserta Astro Kem Bola 2018.

Ia perlawanan tumpuan yang menyaksikan anak buah Ernesto Valverde berdepan Villareal sebelum melakar kemenangan 2-0. 

Justeru, pengalaman berguna dan ilmu yang diterima di Akademi Barca akan digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Seronok dapat menyaksikan idola saya, Philippe Coutinho, beraksi," ujar peserta Astro Kem Bola 2018, Ting Tze Young.

Rakannya, Nur Hazellya Darwisyah, berkata peluang menonton perlawanan di Nou Camp adalah pengalaman berbeza dengan berkata: "Ia pengalaman yang mengujakan berbanding menonton perlawanan di rumah yang agak membosankan. 

"Saya sangat gembira." 

Dalam masa sama, seorang lagi peserta, Yuzre Aiman, gembira berkesempatan melihat kelincahan Lionel Messi selain jaringan mengagumkan dalam perlawanan tersebut.

"Seronok dapat menyaksikan perlawanan di stadium.

"Jaringan lambungan Carles Alena cukup menarik hasil umpanan daripada pemain pujaan saya, Messi," ujarnya. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen