Arthur dipinggirkan daripada aksi Barcelona lawan Villarreal

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2018 140
Arthur dipinggirkan daripada aksi Barcelona lawan Villarreal
Barcelona terpaksa melupakan khidmat Arthur dalam aksi LaLiga menentang Villerreal, awal pagi nanti.

Pemain tengah Brazil itu telah membuktikan keupayaannya selaku pemain utama skuad kendalian Ernesto Valverde itu sejak menyertai pasukan daripada Gremio, musim ini.

Namun, kecederaan otot yang dialami menyaksikan dia terlepas kemenangan ke atas PSV dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Khamis lalu.

Dia turut tidak dapat menyertai sesi latihan terakhir Barca sebelum menanti kunjungan Villarreal.

Kenyataan dalam laman web rasmi pasukan itu menjelaskan Arthur tidak akan beraksi dalam petemuan itu kerana masih mengalami ketidakselesaan otot.

Arthur kini menyertai senarai kecederaan Barca yang turut melibatkan Sergi Roberto (kecederaan paha), Luis Suarez, Samuel Umtiti dan Rafinha (kesemuanya kecederaan buku lali).

Barca kini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Sevilla, yang akan berkunjung ke Alaves, malam ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen