Pemain tengah Barcelona, Arthur, "berdoa" untuk menyaksikan rakan senegaranya, Neymar, kembali beraksi untuk gergasi LaLiga itu.

Pemain kebangsaan Brazil itu telah dikaitkan bakal kembali ke Barcelona walaupun baru memasuki musim kedua bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Arthur, yang baru tiba di Barca dari Gremio bagi musim ini, mendedahkan dia berusaha untuk membawa Neymar kembali ke Nou Camp.

"Saya secara peribadi berdoa untuk menyaksikan Neymar kembali ke Barcelona kerana dia memiliki kualiti yang mampu meningkatkan lagi mutu pasukan," katanya.

"Saya telah berusaha keras untuk memujuk Neymar kembali ke Nou Camp tetapi dia masih lagi memiliki tanggungjawab bersama pasukannya."

Neymar meledak 11 gol dalam 12 perlawanan Ligue 1 musim ini, membantu PSG mendahului liga dengan kelebihan 13 mata.