Arsenal tidak berdepan masalah tandatangani mana-mana pemain -- Arteta

Oleh Ammar Hakim 20 Julai 2020 198
Arsenal tidak berdepan masalah tandatangani mana-mana pemain -- Arteta
Mikel Arteta Arsenal tidak akan berdepan masalah untuk menandatangani pemain baru kerana pasukannya sentiasa bersaing untuk merebut gelaran.

The Gunners berdepan musim yang kurang konsisten, termasuk pertukaran ketua jurulatih sejak Unai Emery dipecat November lalu, tetapi telah mula menampilkan aksi positif di bawah kendalian Arteta.

Selepas merakamkan kemenangan ke atas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool pada pertengahan minggu, Arsenal merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA, meningkatkan peluang untuk mereka meraih satu gelaran dan bukan hanya slot ke Liga Europa.

Dua kemenangan tersebut terhasil hasil di bawah kendalian pengurus kelahiran Sepanyol itu, yang berasakan kelab tidak akan berdepan masalah untuk menarik minat mana-mana pemain.

"Saya telah berkata sebelum ini bahawa kelab tidak perlu meyakinkan lebih mana-mana pemain untuk mendapatkan tandatangan mereka," katanya.

"Arsenal merupakan sebuah kelab yang besar, kaya dengan sejarah dan memliki nilai yang berbeza."



Dengan kelayakan menerusi saingan liga kelihatan samar, Piala FA akan menawarkan tempat buat The Gunners ke aksi Eropah.

Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan kedua-dua gol ke atas City di Wembley, skuad kendalian Pep Guardiola mendominasi permainan tetapi gagal menembusi benteng pertahanan Arsenal yang dikritik hebat musim ini.

Bagi Arteta, ia merupakan hasil yang telah diusahakan sejak meninggalkan City dan mengambil alih tugas di Stadium Emirates.

"Ia merupakan kewajiban kami untuk merebut gelaran, tergolong dengan pasukan utama di England," kata Arteta, bekas pembantu Guardiola.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen