Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann, mengakui 'aneh' bermain dalam stadium tanpa kehadiran penonton.

Pendahulu LaLiga akan kembali meneruskan saingan musim ini dengan kunjungan ke Real Mallorca 13 Jun ini aksi pertama sejak saingan ditangguh ekoran coronavirus sejak Mac lalu.

Griezmann mengatakan tidak diragui perasaan yang agak anek untuk bermain tanpa peminat kerana COVID-19.

"Perlawanan pertama akan diadakan di Mallorca, tetapi sangat aneh untuk bermain tanpa penonton," katanya semasa perbualan di Twitch semalam.

"Ini akan menjadi kali pertama saya mengalami sesuatu seperti ini."Dengan 11 baki perlawanan LaLiga, Barcelona mendahului dua mata ke atas pesaingnya, Real Madrid.

Griezmann, yang telah menjaringkan 14 gol dalam 37 perlawanan musim ini, mengatakan dia telah memanfaatkan masa untuk bersama keluarga sepanjang penangguhan saingan.

"Saya tidak pernah berhenti beraksi begitu lama," katanya.

"Ya, memang benar saya dapat menikmati waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak saya."