Ancelotti ucap terima kasih sejurus dipecat

Oleh Penulis Jemputan 29 September 2017 1338
Ancelotti ucap terima kasih sejurus dipecat
Carlo Ancelotti menggunakan laman sosial sebagai medan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan penyokong Bayern Munich selepas berkhidmat selama 14 bulan sebelum dipecat semalam.

Pengurus berusia 58 tahun itu ditunjukkan jalan keluar selepas Bayern tewas 0-3 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), menyaksikan juara Jerman itu tewas buat kali kedua dalam enam perlawanan kompetitif.

Selepas mengambil-alih jawatan tersebut daripada Pep Guardiola pada musim 2016/17, pengendali dari Itali itu membawa Bayern meraih kejuaraan Bundesliga kelima berturut-turut serta menjuarai Piala Super Jerman sebanyak dua kali.

"Menjadi satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Bayern Munich. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan, pemain-pemain dan penyokong yang hebat," kata Ancelotti menerusi laman sosial Twitter peribadinya.

Antara pemain yang turut menggunakan laman sosial mengucapkan selamat tinggal buat Ancelotti adalah Robert Lewandowski, Arturo Vidal dan Thiago Alcantara.

"Satu kebanggaan untuk beraksi di bawah bimbingan anda. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada cabaran seterusnya," ujar Thiago.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen