Carlo Ancelotti berjenaka bahawa beliau mungkin akan berkongsi tugas bersama pengendali AC Milan, Vincenzo Montella, tetapi menolak tawaran beralih ke pentas antarabangsa.

Ancelotti telah dipecat daripada Bayern Munich bulan lalu selepas tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan telah dilaporkan bahawa terdapat beberapa pemain menjadi punca beliau terpaksa meninggalkan Allianz Arena.

Bekas pengendali Real Madrid itu telah dikaitkan bakal menggantikan Montella di San Siro, dengan Milan kini menduduki tangga ketujuh Serie selepas tujuh perlawanan.

Montella menyatakan minggu ini bahawa beliau gembira untuk bekerjasama dengan Ancelotti.

"Montella berkata beliau mahu saya menjadi penolongnya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya," katanya.

Ancelotti turut menjelaskan perancangannya untuk melanjutkan rehatnya daripada bola sepak.

"Sekarang saya sedang bercuti selama 10 bulan. Saya tidak mahu kembali terlalu awal tetapi keinginan saya mahu mengendalikan pasukan setiap hari. Jadi, saya tidak boleh memilih untuk mengambil alih skuad kebangsaan," katanya lagi.