Ancelotti akan bangkit -- Klopp

Oleh Penulis Jemputan 30 September 2017 808
Ancelotti akan bangkit -- Klopp
Jurgen Klopp percaya Carlo Ancelotti akan bangkit semula daripada kekecewaan selepas dipecat oleh Bayern Munich.

Pengendali berpengalaman dari Itali itu kehilangan tugas di kelab Bavarian itu kelmarin1` selepas tewas 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Klopp -- yang menjuarai gelaran Bundesliga dua kali bersama Borussia Dortmund sebelum tiba ke Liverpool -- menyuarakan beberapa calon yang sesuai untuk dipilih sebagai pengganti.

Ketika Klopp masih berada dalam kontrak jangka panjang di Anfield, beliau percaya gergasi Jerman itu sedang berusaha untuk memilih pengganti yang sesuai dan percaya Ancelotti akan bangkit pada masa akan datang.

"Tiada apa yang mampu memberikan kejutan kepada saya lagi," kata Klopp.

"Saya menyaksikan perlawanan Bayern bertemu PSG. Ini adalah bola sepak moden -- kualiti yang dimiliki individu mampu menentukan keputusan perlawanan dan ia telah berlaku dalam perlawanan tersebut.

"Bagaimanapun, ia bukan perlawanan terakhir. Ia adalah satu keputusan yang tidak digemari oleh pemilik Bayern. Itu sebab mereka mengambil keputusan tersebut. Saya tidak mengetahui perkara sebenar di atas keputusan yang telah diambil.

"Ancelotti adalah seorang jurulatih yang berpengalaman. Saya pasti beliau masih belum kehilangan sentuhan mengenai pengetahuan terhadap bola sepak selepas penyingkiran ini.

"Kadang-kala, terdapat kelab dan pengendali yang gagal mencari keserasian. Jika Bayern percaya mereka memiliki masa depan yang lebih baik bersama pengurus lain, tahniah kepada mereka.

"Jika Ancelotti mahu meneruskan cabaran ini, beliau akan bertemu kelab yang sangat baik dan membuktikan kebolehannya sebagai pengendali pasukan.

"Tetapi masih terdapat masalah yang lebih besar dalam dunia ini berbanding pemecatan Ancelotti oleh Bayern Munich."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen