Anak Fabio Cannavaro sertai Lazio

Oleh Muzaffar Musa 19 November 2020 283
Anak Fabio Cannavaro sertai Lazio
Anak kepada bekas kapten Itali, Fabio Cannavaro, kini menyertai Lazio.

"Andrea Cannavaro, 16, menyertai skuad B-17 Biancocelesti, yang dibimbing Marco Alboni.

Remaja itu sebelum ini bersama Guangzhou Evergrande Taobao, yang dikendalikan bapanya sejak 2017.

Bekas pertahanan Inter Milan, Juventus dan Real Madrid, Fabio Cannavaro, menghabiskan kebanyakan kariernya dalam liga divisyen utama Itali tetapi tidak pernah mengecap gelaran Serie A.

Dia mengetuai Itali ketika menjulang Piala Dunia 2006, di mana aksinya turut menamakannya sebagai pemenang anugerah Ballon d'Or pada tahun yang sama.

Dia kemudian menjadi antara ketua jurulatih berjaya di China dengan memenangi gelaran League One bersama Tianjin Quanjian pada 2016 sebelum menjuarai Liga Super China bersama Guangzhou tahun lalu.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen