Alonso: Messi adalah pemain terbaik di dunia

Oleh Staff Writer 11 November 2016 3
Alonso: Messi adalah pemain terbaik di dunia
Jika anda menjangkakan juara dunia dua kali Formula Satu, Fernando Alonso, menilai Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik di dunia kerana dia merupakan salah seorang peminat Real Madrid, anda silap.

Agak kontroversi apabila pemandu Sepanyol bagi pasukan F1 McLaren itu berada di pihak bintang Barcelona, Lionel Messi, dalam perdebatan mengenai siapa pemain terbaik di dunia.

Bercakap ketika majlis promosi di Argentina, Alonso mengakui bahawa dia telah terbang ke Camp Nou hanya untuk melihat pemenang lima kali Ballon d'Or itu beraksi.

"Saya peminat Real Madrid tetapi Messi adalah pemain terbaik di dunia," Alonso, yang sedang bersedia untuk Grand Prix Brazil hujung minggu ini, memberitahu Clarin.

"Saya benar-benar menyukai pemain Argentina seperti Gonzalo Higuain dan Fernando Gago.

"Saya telah pergi ke Camp Nou hanya untuk melihat Messi."

Messi telah melewati permulaan cemerlang musim ini, menjaringkan lapan gol dalam sembilan perlawanan LaLiga.

Secara keseluruhannya, pemain kebangsaan Agentina yang berusia 29 tahun itu telah menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan, tujuh daripadanya ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen