JUVENTUS 3 CROTONE 0

Massimiliano Allegri tidak sabar untuk menantikan pertembungan di antara Juventus dan pendahulu Serie A, Napoli, selepas pasukannya mencipta kemenangan 3-0 ke atas Crotone, semalam.


Juve bangkit daripada kegagalan minggu lalu apabila tewas 3-2 kepada Sampdoria, dengan Mario Mandzukic, Mattia De Sciglio dan Medhi Benatia berjaya menempah nama sebagai penjaring gol perlawanan.

Allegri membawa Juve untuk menghadapi perlawanan seterusnya di Stadio San Paolo, Jumaat ini, dengan menyedari kemenangan mampu merapatkan jurang dengan skuad kendalian Maurizio Sarri itu.

Pengendali Juventus itu menjangkakan pertemuan yang sengit sambil mengharapkan pemain-pemain dapat memberikan yang terbaik.

"Beraksi di San Paolo sentiasa menjadi cabaran buat kami dan perlawanan seakan-akan tiada penghujung.

"Napoli telah melakukan banyak perubahan sejak tiga tahun lalu.

"Kami perlu bermain dengan teknik yang baik, saya menjangkakan perlawanan yang seimbang," katanya lagi.