Allegri puji kehebatan Mandzukic

Oleh Penulis Jemputan 23 Disember 2018 181
Allegri puji kehebatan Mandzukic
JUVENTUS 1 AS ROMA 0

Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, memuji aksi luar biasa Mario Mandzukic ketika pasukannya menewaskan AS Roma 1-0 dalam saingan Serie A, awal pagi tadi.


Jaringan tunggal Madzukic dalam separuh masa pertama itu sudah cukup untuk memastikan kemenangan Juve yang juga ke-16 daripada 17 perlawanan liga mereka.

Penyerang kebangsaan Croatia itu telah menjaringkan lapan gol dalam saingan liga musim ini dan Allegri tidak keberatan untuk memuji ayam tambatannya itu.

"Mario seorang tonggak utama pasukan. 

"Dia memiliki kombinasi kemahiran dan fizikal yang baik.

"Itu yang menjadikannya pemain luar biasa," katanya.

Allegri turut memuji Paulo Dybala selepas pasukannya mengekalkan kelebihan lapan mata di kedudukan teratas liga.

"Paulo juga pemain yang hebat.

"Dia sentiasa memastikan bola tidak melepasi kawasan kami," katanya.

Keputusan itu memberikan tekanan lebih besar buat pengendali Roma, Eusebio Di Francesco, memandangkan pasukannya kini terjatuh ke kedudukan ke-10 liga.

"Dalam 45 minit pertama, saya dapat rasakan ketakutan yang kami hadapi seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

"Selepas dibolosi, barulah kami dapat menyesuaikan diri dan mula bermain baik.

"Kami berjuang dengan keazaman dan memaparkan aksi sebenar," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen