Allegri: Perbandingan gugat prestasi Dybala

Oleh Penulis Jemputan 30 Disember 2017 548
Allegri: Perbandingan gugat prestasi Dybala
Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri, menyifatkan perbandingan Paulo Dybala dengan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar merencatkan perkembangan pemain itu.

Bermula baik dalam saingan Serie A musim ini selepas meledak hatrik ketika bertemu Sassuolo dan Genoa, ia meningkatkan cadangan bahawa Dybala mampu menjadi pemain yang memecah dominasi Messi dan Ronaldo untuk memenangi Ballon d'Or.

Bagaimanapun, Dybala kini sudah kehilangan arah dengan hanya menjaringkan satu gol dalam saingan Serie A sejak Oktober lalu, sekaligus memaksa Allegri untuk mengetepikan pemain kebangsaan Argentina itu daripada kesebelasan utama.

Allegri sekali lagi menafikan beliau telah mengetepikan Dybala -- dengan laporan daripada Manchester United yang sedia menawarkan GBP70 juta dengan Henrikh Mkhitaryan -- beliau menegaskan pemain berusia 24 tahun itu tidak terganggu dengan spekulasi berkenaan.

"Hubungan di antara kelab dan pemain masih lagi tidak berubah," kata Allegri.

"Dybala datang ke Juventus tiga tahun lalu dan saya berasakan persembahannya semakin berkembang.

"Juventus turut meningkatkan lagi kualiti permainannya dengan memberikannya masa untuk beraksi. Pada pendapat saya, dia masih memiliki ruang untuk memperbaiki prestasinya.

"Perbandingan pada permulaan musim ini ternyata menggugat Dybala, bagaimanapun dia bijak dan memahami dirinya tidak boleh dibandingkan dengan Messi dan Ronaldo -- dua pemain yang telah memenangi 10 Ballon D'or secara keseluruhan.

"Kemudian terdapat Neymar. Jadi, Dybala perlu menentukan haluannya sendiri dan tidak membandingkan dirinya dengan pemain lain. Dia memiliki kualiti yang tersendiri, dia merupakan seorang pemain yang luar biasa," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen