PARMA 1 INTER 2

Pengurus Inter, Antonio Conte, percaya Alexis Sanchez kini dalam prestasi terbaik sejak dia menyertai dengan kelab itu sambil menyifatkan pemain Chile itu sebagai harimau yang baru terlepas dari kandang.


Sanchez meneruskan rentak jaringannya minggu lalu apabila membantu Nerazzurri menundukkan Genoa dengan meledak kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 di Parma, awal pagi tadi.

Keputusan itu memastikan Inter berkelebihan enam mata ke atas di puncak Serie A selepas seteru kota yang dikendalikan Stefano Pioli berkenaan sekadar seri 1-1 dengan Udinese semalam.

Sanchez menghabiskan musim lalu sebagai pemain pinjaman daripada Manchester United dan hanya menyumbang empat gol.

Bagaimanapun, dia kini meledak lima gol biarpun menjadi sandaran kepada penggantu Romelu Lukaku atau Lautaro Martinez.

Sambil mengakui bahawa kedua-duanya masih merupakan gandingan pilihannya untuk menerajui jentera serangan, Conte menekankan keistimewaan Sanchez di bahagian sayap.




"Dia berada dalam prestasi terbaik yang pernah kami saksikan setakat ini," kata pengurus Inter itu kepada Sky Sport Italia.

"Dia sedar dengan hanya bekerja keras akan membawanya ke tahap tertentu, dan sekarang Romelu mahupun Lautaro tahu bahawa Sanchez juga sedang menanti peluang di belakang mereka.

"Amat penting bagi kami untuk mewujudkan situasi merebut tempat.

"Jangan lupa selama satu setengah tahun, kami terpaksa bergantung harap kepada Lukaku dan Lautaro, tiada orang lain. Musim lalu kami memiliki Sebastiano Esposito, dia kini bersama Venezia dalam Serie B."