Bintang Amerika Syarikat (AS), Alex Morgan, telah selamat melahirkan anak pertamanya.

Penyerang itu mengumumkan bahawa dia sedang hamil pada Oktober lalu, hanya tiga bulan selepas membantu AS mengekalkan kejuaraan Piala Dunia Wanita.

Pemain Orlando Pride itu mendedahkan dia dan suaminya, Servando Carrasco, yang merupakan bekas pemain tengah LA Galaxy, menerima seorang bayi wanita bernama Charlie Elena Carrasco, Khamis lalu.

"Pada jam 11.30 pagi 7 Mei lalu, dengan berat 8lbs5oz, Charlie Elena Carrasco telah lahir ke dunia," ciap Morgan dalam Tweeter.

"Dia membuatkan kami menunggu lebih lama daripada yang dijangka tetapi saya perlu sedar dia melakukannya dengan caranya dan hanya itulah caranya. Bayi super moon saya."

Selain memenangi dua Piala Dunia, Morgan juga adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012.