Alcantara pulih hadapi pertemuan getir dengan Leverkusen 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Jun 2020 23
 Alcantara pulih hadapi pertemuan getir dengan Leverkusen 
Thiago Alcantara kembali melaporkan diri setelah terlepas tiga perlawanan Bayern Munich akibat kecederaan.

Pemain tengah itu terlepas kemenangan Bundesliga ke atas Eintracht Frankfurt, Borussia Dortmund dan Fortuna Dusseldorf ekoran masalah otot.

Bagaimanapun, bintang antarabangsa Sepanyol itu telah mengambil bahagian dalam sesi pasukan semalam untuk pendahulu Bundesliga itu bertemu Bayer Leverkusen Sabtu ini. 

Lucas Hernandez, yang mengalami masalah otot perut dalam kemenangan 5-0 ke atas Dusseldorf, pula hanya dapat berlatih secara individu sementara Niklas Sule dan Philippe Coutinho meneruskan program kecergasan jangka masa panjang mereka. 

Kemenangan Bayern di BayArena itu kelak boleh menjadi titik tolak dalam pemburuan gelaran musim ini.

Pasukan kendalian Hansi Flick itu mendahului saingan berkenaan dengan tujuh mata dipisahkan dengan seteru terdekat dan ketat, Dortmund, dengan hanya tinggal baki lima perlawanan sambil Leverkusen terus memberi cabaran dalam pemburuan tiket automatik ke Liga Juara-Juara (UCL). 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen