Albiol: Ramai masih tidak ketahui Ronaldo yang sebenar

Oleh Sacha Pisani 18 Disember 2016 4
Albiol: Ramai masih tidak ketahui Ronaldo yang sebenar

Bekas pertahanan Real Madrid, Raul Albiol berkata masih ramai yang tidak mengenali diri Cristiano Ronaldo yang sebenar dan memuji sikap murah hati pemenang Ballon d'Or 2016 itu.

Albiol yang beraksi bersama kelab Serie A, Napoli akan bertemu semula Real dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) pada Februari tahun depan.

Pertahan kelahiran Sepanyol itu - beraksi di Santiago Bernabeu selama empat musim sebelum menyertai Napoli pada 2013 - who spent four years at the Santiago Bernabeu before joining Napoli in 2013 - menaburkan pujian kepada Ronaldo, terutama sekali usahanya di luar padang.

"Ronaldo merupakan seorang individu yang sangat menarik, di luar bola sepak, dia sentiasa cuba untuk membantu semua orang, terutama sekali kanak-kanak," kata Albiol kepada Canale 21.

"Terdapat personaliti yang dimiliki Ronaldo tidak diketahui orang ramai. 

"Dia seorang pemai yang bekerja keras setiap hari, tetapi seorang yang murah hati."

Real akan menerima kunjungan Napoli dalam aksi pertama pusingan kalah mati pada 15 Februari.

Tentang Penulis

Sacha Pisani

Komen