Bek kiri Barcelona, Jordi Alba, menyifatkan Isco sebagai salah seorang pemain terbaik dunia tetapi dia tidak menikmati menyaksikan bintang Real Madrid itu beraksi di peringkat yang tertinggi.

Isco terus mekar di bawah kendalian Zinedine Zidane, dengan memastikan kedudukan dalam kesebelasan utama juara Sepanyol dan Eropah itu dengan meledak empat gol dan tiga bantuan jaringan dalam saingan LaLiga.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi lebih cemerlang berbanding pemenang Ballon d'Or empat kali, Cristiano Ronaldo, musim ini dan Alba memuji persembahan rakan senegaranya itu menjelasng aksi persahabatan bertemu Costa Rica.

"Perbandingan adalah sesuatu yang tidak baik. Saya mengenalinya dalam tempoh yang agak panjang," kata Alba.

"Isco berada di tahap terbaik dunia dan saya tidak suka melihat seteru kami memiliki pemain sepertinya.

"Dia seorang pemain yang berkualiti," tambahnya.