Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos, bakal direhatkan selama hampir sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika aksi Piala Liga berdepan Reims.

Pemain kebangsaan Brazil untuk membuka jaringan buat PSG ketika merakamkan kemenangan 3-0 dalam aksi separuh akhir, namun terpaksa meninggalkan padang 20 minit sebelum perlawanan berakhir.

Dia kelihatan bakal terlepas aksi Ligue 1 berdepan Lille, Montpellier, Nantes dan Lyon, termasuk perlawanan Piala Perancis berdepan kelab divisyen tiga, Pau.

Satu kenyataan yang dikeluarkan PSG menyebut: "Marquinhos mengalami kecederaan hamstring Rabu lalu di Stade Auguste Delaune.

"Dia dijangka terlepas daripada sebarang perlawanan selama tiga minggu."

PSG berharap pemain berusia 25 tahun itu akan cergas sepenuhnya untuk aksi pusingan 16, Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Borussia Dortmund, 18 Februari ini.




Editor: Ammar Hakim