Bintang Belgium, Kevin De Bruyne, telah kembali ke Manchester City selepas mengalami kecederaan ketika tewas kepada England dalam saingan Liga Negara-Negara.

De Bruyne dipaksa keluar padang pada minit ke-73 di Wembley Ahad lalu, selepas skuad kendalian Roberto Martinez ketinggalan 2-1.

Ia telah disahkan pemain berusia 29 tahun itu telah meninggalkan kem Belgium untuk kembali ke City untuk meneruskan rawatan selanjutnya dan terlepas aksi berdepan Iceland Khamis ini.

City -- yang sekadar menang satu daripada tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini -- berdepan Arsenal selepas ini dan Pep Guardiola bakal terdesak tanpa khidmat bintang itu Sabtu ini.

Raheem Sterling menarik diri daripada skuad England dengan kecederaan hamstring dan turut dijangka terlepas bertemu Arsenal, namun Sergio Aguero sudah kembali berlatih ketika aksi perlawanan antarabangsa.

De Bruyne diturunkan dalam setiap perlawanan City musim ini, menjaringkan satu gol dan melakukan satu bantuan jaringan daripada 14 peluang yang terhasil.

Tiada pemain dalam EPL yang melakukan lebih banyak hantaran penting berbanding De Bruyne.