Aksi Rodriguez buat Heynckes gembira 

Oleh Penulis Jemputan 29 Oktober 2017 84
Aksi Rodriguez buat Heynckes gembira 
BAYERN MUNICH 2 RB LEIPZIG 0

Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes, memuji James Rodriguez di atas kreativitinya dalam kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig dalam Bundesliga.


Rodriguez, yang dipinjam dari Real Madrid, membuka jaringan di Allianz Arena, awal pagi tadi, dengan gol keduanya buat Bayern.

Pemain antarabangsa Colombia itu mengumpul dua jaringan dan satu bantuan gol dalam lima perlawanan Bundesliga dan Heynckes senang hati ketika menyaksikan pasukannya melonjak ke puncak carta.

"Dia mempunyai permainan yang hebat. Dia membuat banyak sentuhan dan memiliki banyak kreativiti ketika bermain bola sepak," katanya dalam sidang akhbar.

"Tetapi saya seorang jurulatih yang sentiasa mahukan lebih lagi dan kami akan memberikan lebih banyak kerja, bukan sahaja untuknya, tetapi untuk seluruh pasukan.

"Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan kami tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih dengan baik, untuk fokus, atau berlatih dengan taktikal atau sepakan percuma kerana kami bermain pada hari Khamis dan Ahad. "

Bayern mempunyai tempoh singkat sebelum perlawanan seterusnya -- lawatan ke Celtic dalam Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen