Aksi memukau Coutinho bersama Bayern disanjung  

Oleh Penulis Jemputan 15 Disember 2019 322
Aksi memukau Coutinho bersama Bayern disanjung  
BAYERN MUNICH 6 WERDER BREMEN 1
 
Pengurus sementara Bayern Munich, Hansi Flick, memuji penampilan "menakjubkan" Philippe Coutinho ketika membelasah Werder Bremen 6-1 awal pagi tadi.

 
Gerakan solo Milot Rashica pada minit ke-24 membolehkan pelawat memimpin permainan tetapi Bayern menguasai pertemuan berkenaan sejurus Coutinho gagal dihalang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45.
 
Bintang Barcelona yang dipinjam itu kemudian mengumpan kepada Robert Lewandowski untuk memberikan barisan kendalian Flick itu untuk mendahului dalam separuh masa pertama.
 
Dan dia menyempurnakan hatriknya menerusi dua lambungan ke penjuru gawang bagi memperdayakan Jiri Pavlenka selain membuat satu lagi gerakan untuk disudahkan Thomas Muller.
 
Biarpun dua gol terus menyerlahkan kemampuan Lewandowski untuk terus melebarkan statusnya sebagai penjaring terbanyak Bundesliga, prestasi Coutinho sebaliknya menjadi perhatian utama selepas perlawanan.
 
"Saya fikir semua orang di stadium ini menikmati persembahannya," kata Flick dalam sidang akhbar selepas menyaksikan barisan pemainnya perlu bangkit.
 
"Ini membuatkan saya gembira kerana seluruh pasukan meraikannya bersama dan berkongsi kebahagiaannya.
 
"Dia menjaringkan tiga gol dan melakukan dua bantuan gol. Ia sangat mengagumkan dan kami sangat gembira dengan persembahannya."
 
Gandingan Lewandowski dengan Coutinho jelas menjadi ancaman kepada Bremen dan mereka seharusnya melakar kemenangan lebih besar.
 
"Perlawanan hari ini sememang miliknya (Coutinho). Caranya menguasai bola mahupun lariannya," kata penyerang Poland berkenaan kepada laman sesawang Bayern.
 
"Persembahannya memukau. Kami memerlukan pemain sepertinya. Saya sangat gembira kerana dia dapat membuktikan sentuhan dan potensinya yang hebat."
 
Bayern akan kembali menyambung aksi dengan melakukan perjalanan ke Freiburg, Khamis depan.
 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen