Aksi Malaysia-Korea Utara bakal ditunda lagi

Oleh Penulis Jemputan 28 September 2017 1224
Aksi Malaysia-Korea Utara bakal ditunda lagi
Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini nampaknya bakal ditangguhkan sekali lagi selepas Kementerian Luar Negara mengeluarkan arahan sekatan perjalanan ke negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata rakyat Malaysia dikenakan larangan sekatan perjalanan ke Korea Utara sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan itu diambil selepas melihat ketegangan yang makin memuncak susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.

Sekatan perjalanan itu akan dikaji semula sebaik situasi di Semenanjung Korea kembali normal.

"Rancangan kami adalah untuk dua perlawanan. Kini situasi adalah fokus hanya untuk satu perlawanan. Saya perlu pragmatik, kalau perlu menentang Korea Utara di Hong Kong, kami harus bersedia. 

"Kini, hanya fokus satu perlawanan menentang Hong Kong, tiada masalah," kata jurulatih pasukan kebangsaan, Nelo Vingada.

Perlawanan di antara kedua-dua pasukan sudah ditunda tiga kali, dengan jadual asalnya pada 10 Mac dipinda kepada 8 Jun, sebelum ditukar buat kali kedua kepada 5 Oktober.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen