ATLETICO MADRID 2 PSV EINDHOVEN 0

Diego Simeone memuji Kevin Gameiro kerana berjaya memecah kebuntuan ketika menentang PSV Eindhoven selepas Atletico Madrid meraih kemenangan 2-0 untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan D, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.


Bayern Munich mengalami kekalahan mengejut 3-2 di tangan Rostov dan memberi peluang kepada Atletico mara ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan.

Gameiro memecah benteng dengan penyudah klinikal hanya selepas rehat, sebelum Antoine Griezmann menyempurnakan kemenangan dalam perlawanan berbaki 24 minit tetapi bekas pemain Sevilla itu yang lebih mendapat perhatian Simeone.

Clipboard01

Dia memberitahu pemberita: "Mungkin dalam separuh masa kedua ketika kami dilihat kurang selesa dan berada di bawah sedikit tekanan, Gameiro berjaya memecah kebuntuan dan membantu kami mendahului permainan.

"Gameiro nampak baik pada separuh pertama juga dan mempunyai beberapa peluang.

"Jaringannya adalah hasil daripada kualitinya -- kelajuan, kekuatan, penyudah yang baik. Ia adalah penyudah yang hebat.

"Itulah yang dia dan Griezmann tawarkan. Ia adalah masa yang penting untuk kedua-dua (Gameiro) dan pasukan. Kami dapat membuka permainan ketika mereka memberi kesukaran kepada kami.

"Selepas tewas Ahad lalu (menentang Real Madrid), kami mahu meletakkan perkara itu di belakang kami."