Aksi kurang konsisten Juventus bukan kebimbangan Pirlo

Oleh Ammar Hakim 2 Disember 2020 134
Aksi kurang konsisten Juventus bukan kebimbangan Pirlo
Andrea Pirlo tidak bimbang dengan prestasi Juventus yang kurang konsisten yang mencerminkan musim pertamanya selaku jurulatih.

Legenda Juve dan Itali itu seri 1-1 dengan Benevento Sabtu lalu, meninggalkan juara bertahan Serie A itu enam mata di bekalang pendahulu, Milan.

Mereka sepatutnya dipisahkan dengan dua mata jika Juve tidak keciciran mata selepas Benevento bangkit daripada ketinggalan untuk meraih seri yang kelima daripada sembilan perlawanan.

Namun mereka beraksi dengan lebih cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), The Bianconeri sudah pasti layak ke pusingan 16 menjelang aksi bertemu Dynamo Kiev awal pagi esok.

Dan aksi derby dengan Torino bakal menjadi cabaran dalam saingan domestik, Pirlo tidak dibawah sebarang ilusi apa yang diperlukan Juve untuk mengejar Milan.

"Selepas Benevento, saya telah memberitahu mereka supaya lebih fokus dan mahu memastikan tiga mata diraih," katanya.

"Kami telah bercakap mengenai perkara ini dan menyedari keadaan pasukan."
   
"Saya tidak bimbang. Perlawanan bertemu Benevento ia merupakan perlawanan untuk kami menang tetapi kami gagal mengawal permainan. Perkara ini boleh berlaku. Kami telah menilai dan cuba untuk memperbaikinya.

"Kami perlu berdepan semua perlawanan dengan cara yang sama, kedua-dua di Eropah dan Itali. Saya mahukan lebih lagi aksi konsisten, tetapi ia adalah perkara yang normal dan memerlukan masa untuk mencapainya. Pemain-pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan.

"Apabila anda menang, segalanya baik, apabila kalah, banyak masalah yang perlu diselesaikan."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen