Marc Bartra menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan patah pergelangan tangan apabila bas pasukan Borussia Dortmund diserang menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Monaco, awal pagi tadi.

Bartra merupakan satu-satunya pemain yang cedera dalam insiden tersebut, dan polis tempatan telah mengesahkan terdapat siri tiga letupan bom ketika bas pasukan Jerman itu sedang menuju ke Signal Iduna Park.

Dortmund mengesahkan pertahanan itu menjalani pembedahan patah pergelangan tangan.

Akibat daripada serangan ke atas bas Dortmund, perlawanan telah ditunda, dengan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah menjadualkan semula perlawanan akan berlangsung esok jam 6.45 petang waktu tempatan (12.45 pagi waktu Malaysia).