Aksi disiplin Zainol raih kepercayaan Hodak

Oleh Staff Writer 24 Mac 2018 1750
Aksi disiplin Zainol raih kepercayaan Hodak
Pemain tengah skuad Piala Presiden Melaka, Zainol Ariffin Ahmad Latifi, adalah antara pemain yang dikenal pasti pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak, untuk menggalas cabaran dalam Piala AFF B-18 bulan depan serta Kejohanan AFC B-19 tahun, September ini.

Hodak yang membimbing barisan B-18 negara dalam saingan Piala Sanix di Fukuoka, Jepun baru-baru ini berpuas hati dengan kelibat Zainol ketika diberikan peluang dalam kejohanan itu.

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyifatkan Zainol sebagai pemain yang berupaya untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Zainol mempamerkan ketenangan sewaktu mengemudi jentera tengah pasukan dalam empat perlawanan  Piala Sanix.

"Ya, dia masih muda tetapi dapat menyesuaikan diri dengan permainan. Statistik menunjukkan jumlah hantaran lawan yang dapat disekatnya dan tidak terlepas penguasaan bola.

"Di Malaysia, jarang menemui pemain sepertinya," kata Hodak.

Pemain lain yang memikat perhatian pengendali itu adalah penjaga gol, Firdaus Imran Mohd Fadhil dan Syahmi Zamri, ketika kejohanan di Jepun itu.

Zainol ketika ditemui mengakui pengalaman yang diraih di Fukuoka itu mampu membentuk kematangannya sebagai pemain.

"Setakat ini, saya memerlukan peningkatan dalam setiap perlawanan kerana pasti akan ada kesilapan. 

"Pengalaman beraksi di sini jelas lebih banyak untuk diraih berbanding jika beraksi dalam Liga Malaysia," ujar Zainol.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen