Barcelona bertanggungjawab susulan aksi Clasico menentang Real Madrid ditunda, kata bekas presiden kelab Catalan itu, Joan Laporta.

Pertemuan dua gergasi LaLiga itu dijadualkan berlangsung Sabtu lalu tetapi Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) membuat keputusan untuk meminda tarikh perlawanan tersebut susulan kekecohan yang berlaku di Catalonia.

Kedua-dua kelab itu bersetuju untuk menangguhkan perlawanan ke 18 Disember depan dan RFEF menerima cadangan tersebut, namun LaLiga mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang di atas keputusan itu.

Laporta -- yang menjadi presiden Barca dari 2003 hingga 2014 -- percaya aksi tersebut patut diteruskan mengikut perancangan asal.

"Ya, saya akan jalankan perlawanan pada Sabtu kerana jika Real Madrid mahu beraksi, saya tidak melihatnya sebagai satu masalah," katanya.

"Kuasa yang ada berlaku disebabkan faktor politik. Barcelona silap kerana mereka menyalahgunakan gerakan serta membiarkan politik mengatasi perlawanan bola sepak. Ia sentiasa begitu.

"Mereka mengadakan permainan dengan kuasa yang mengawal bola sepak untuk membuatkan wakil daripada Barca dan orang ramai kelihatan teruk. LaLiga melakukan langkah penting selepas ia tidak dilangsungkan.

"LaLiga memiliki kepentingan politik dan memperbesarkan apa yang berlaku. Sesuatu yang teruk apabila ia dibiarkan. Barcelona bersalah dalam situasi ini."

Tanpa Barca atau Real turun beraksi, ia membolehkan Granada naik ke tangga teratas liga susulan kemenangan 1-0 ke atas Real Betis.