Aidil Zafuan gembira gawang negara tidak bolos

Oleh Penulis Jemputan 21 November 2019 814
Aidil Zafuan gembira gawang negara tidak bolos
Pertahanan skuad negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, menganggap kemenangan 2-0 ke atas Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin sebagai kejayaan berganda memandangkan ia merupakan kali pertama Malaysia tidak dibolosi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Skuad negara menunjukkan peningkatan sejak Aidil Zafuan kembali memperkuatkan pasukan bermula dengan perlawanan menentang Vietnam di Hanoi, bulan lalu.

Walaupun benteng negara beraksi ampuh, ia masih dibolosi Vietnam dan Thailand dalam dua perlawanan terdahulu.

Bagaimanapun, kelemahan itu diperbaiki dalam perlawanan menentang Indonesia untuk merekodkan keputusan tanpa bolos yang pertama.

"Sebagai pertahanan, ia mendatangkan kepuasan apabila kami tidak dibolosi.

"Bukan sahaja pemain pertahanan tetapi ia melibatkan keseluruhan pasukan," katanya. 

Sementara itu, pemain tengah negara, Syamer Kutty Abba, mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasinya.

"Masih banyak ruang untuk diperbaiki sebab baru dua perlawanan (dalam kesebelasan utama) dan perjalanan masih panjang.

"Saya perlu mengambil setiap satu perlawanan dengan serius dan memperbaiki setiap aspek," katanya. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen