Aguero tidak akan berundur daripada berbakti untuk Argentina

Oleh Jack Davies 13 Oktober 2016 0
 Aguero tidak akan berundur daripada berbakti untuk Argentina
Abang kepada Sergio Aguero membidas kritikan yang dilemparkan terhadap penyerang Argentina itu berikutan keputusan hambar yang diraih pasukan itu dalam kelayakan Piala Dunia. 

Bintang Manchester City itu gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kekalahan 1-0 kepada Paraguay sehingga menyaksikan skuad bimbingan Edgardo Bauza itu tercicir lima mata di belakang pendahulu, Brazil, selepas gagal mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan. 

Paraguay dan Chile -- yang dipisahkan satu dan dua mata -- mampu menggugat kedudukan Argentina yang akan berkunjung ke Brazil, bulan depan. 

Aguero mengakui tidak berada di tahap terbaik sehingga mendorong perkhabaran dia mungkin akan dipinggirkan. 

Namun, Gaston del Castillo menegaskan adiknya tidak akan menawarkan diri untuk menolak tugasan pasukan kebangsaan. 

"Ya, memang benar adik saya sedang melalui detik sukar sebagaimana dengan pemain skuad kebangsaan yang lain," katanya. 

"Tapi kita harus tetap bertenang. 

"Kegagalan sepakan penaltinya adalah sepakan penalti yang anda boleh gagal. 

"Dia sangat teruja dengan pasukan kebangsaan. Semua orang boleh bercakap apa yang mereka mahukan. 

"Dia tidak akan meninggalkan skuad kebangsaan. Saya rasa dia akan terus bermain untuk Argentina. 

"Ia benar-benar tidak adil. Ia kritikan yang berat buat mana-mana pemain."
 

Tentang Penulis

Jack Davies

Komen