AFC: Hanya Liga-M belum berstatus kelab sepenuhnya di Asia

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Ogos 2020 683
 AFC: Hanya Liga-M belum berstatus kelab sepenuhnya di Asia
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, mendedahkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) adalah satu-satunya kancah yang masih mengetengahkan pasukan yang di bawah status persatuan (FA). 

Menurutnya, 2021 merupakan terakhir untuk semua liga yang bernaung di bawah AFC perlu bertukar sebagai kelab (FC), bukan lagi memegang entiti sebagai persatuan. 

"Kami telah mengingatkan FAM. 

"Kelab seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) misalnya sudah membuat perubahan jadi tidak perlu AFC menghukum mereka kalau persatuan lain tidak mahu berubah. 

"Kami akan lihat apakah konteks (kaedah) yang akan dilakukan FAM kelak. Jika hanya sebuah kelab sahaja yang berjaya memohon lesen, maka kelab itu sahajalah yang akan beraksi dalam kejohanan anjuran AFC. 

"Malangnya Malaysia satu-satunya negara yang masih bermain secara persatuan. Bukan sahaja di Asia Tenggara, malah Asia. 

"Cuba lihat dalam kejohanan AFC, semua pasukan tertera nama kelab, Malaysia masih satu-satunya negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan AFC sebagai persatuan," katanya ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini. 

Sementara itu, tiga pasukan Liga-M yang masih gagal berbuat apa-apa untuk urusan penswastaan kelab apabila tempohnya berakhir 20 September ini, berdepan kemungkinan diturunkan ke Liga M3. 


 
FRIENDLY - SELANGOR 2 3-2 PAHANG

šŸ“¹ Selangor 2 berjaya menewaskan Pahang dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan persahabatan ketiga mereka yang berlangsung di Stadium MBPJ, semalam. Ini merupakan kemenangan pertama Selangor 2 selepas tiga aksi persahabatan mereka setakat ini apabila tewas 0-2 kepada UiTM FC dan 0-1 kepada PJ City FC sebelum ini. Selangor 2 bakal meneruskan perlawanan persahabatan keempat mereka menentang Terengganu FC, esok (14 Ogos). Ikuti komen daripada pemain kedua-dua pasukan iaitu Shivan Pillay Asokan dan Faisal Abdul Halim sejurus tamat perlawanan. #LigaMalaysiaKembali

Posted by Malaysian Football League on Thursday, August 13, 2020


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bagaimanapun, belum mahu mendedahkan ketiga-tiga pasukan itu tetapi khabarnya ia melibatkan dua pasukan Liga Super dan satu daripada wakil Liga Perdana.

Walaupun proses ini hanya memakan masa kurang dua minggu, namun situasi tidak membuat sebarang langkah mencetuskan rasa kurang senang FAM. 

Ia membuatkan badan induk itu terpaksa bersedia dengan kemungkinan buruk kehilangan ahli gabungan seandainya tiada usaha daripada pasukan yang terlibat dalam memberikan kerjasama.

"Lapan pasukan ini perlu lajukan sedikit pergerakan (urusan penswastaan) dan tiga persatuan ini kena cepatkan sedikit projek ini. 

"Bukan sekadar pendaftaran syarikat, malah perkara ini memerlukan kongres, exco dan ia memerlukan masa. Kadang-kadang perlu adakan Kongres Luar Biasa (EGM).

"Mereka juga perlu adakan catatan mesyuarat bagi proses Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam, di Wisma FAM, hari ini. 

Difahamkan, salah sebuah pasukan Liga Super yang masih gagal buat sebarang tindakan adalah antara pasukan yang memiliki kredibiliti terbaik dalam saingan kancah tempatan. 

Bagaimanapun, 13 pasukan lain lagi meredakan gundah FAM selepas lima daripada jumlah itu hanya menunggu pengesahan manakala selebihnya berada dalam fasa akhir penyediaan pasukan ke arah penswastaan.

"Mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada FAM. 

"Daripada lima, sebuah pasukan sahaja telah menerima surat itu dan kami memerlukan sehingga Selasa depan bagi memastikan tindak balas daripada jawatankuasa tertentu untuk meluluskan empat pasukan lain. 

"Tetapi daripada segi dokumentasi semuanya berjalan lancar," katanya lagi. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen