AFC bakal nikmati liputan menyeluruh

Oleh Penulis Jemputan 6 Disember 2017 3751
AFC bakal nikmati liputan menyeluruh
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bakal menikmati liputan lebih menyeluruh dalam kesemua pertandingan dan juga akiviti anjurannya menerusi kerjasama yang terjalin dengan Persatuan Penulis Sukan Antarabangsa zon Asia (AIPS Asia).

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, perjanjian kerjasama yang dimeterai menyaksikan warga media bukan sahaja akan mendapat akses yang lebih mudah untuk membuat liputan tetapi juga berpeluang untuk terbabit dalam membantu pembangunan bola sepak di peringkat serantau.

Gabungan dua entiti ini juga bakal menyaksikan pelancaran anugerah wartawan bolasepak lelaki dan wanita Asia yang bakal diumumkan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen