Pengurus Besar, Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Yusuf Ibrahim, mendakwa pihaknya sudah membuat banyak aduan mengenai masalah mereka kepada pihak kontraktor, namun tiada tindakan.

Pihak pengurusan AMD kecewa kerana aduan mereka tidak dilayan, dengan masalah itu berlarutan sejak April lalu hingga turut menjejaskan pejabat pengurusan.

Seramai 28 kakitangan AMD sanggup bekerja dalam keadaan tanpa komputer dan internet hingga menghadirkan kebimbangan sekali gus menjejaskan pemain.

"Saya menyuarakan mengenai keperluan untuk barisan pelatih. Kami memerlukan peralatan untuk bertugas seperti komputer dan internet," kata Yusuf.

"Selain itu, AMD juga masih tidak mempunyai pegawai fisioterapi. Apabila pemain-pemain mengalami kecederaan, kami hanya boleh melakukan rawatan berdasarkan pengetahuan kami berbanding sebagai pakar dalam bidang ini yang dapat melakukan penilaian lebih menyeluruh mengenai kecederaan yang dihadapi pemain," tambahnya.