Pertahanan Harimau Malaya, Adam Nor Azlin, tidak goyah untuk bersaing dengan pemain dari Republik Congo, Marcel Kalonda, yang dikatakan mempunyai darah warisan sekiranya dia dapat menyarung jersi kebangsaan.

Kehadiran pemain Zesco United itu bakal menghadirkan saingan di bahagian benteng skuad kendalian Tan Cheng Hoe sekiranya dia berjaya menyerahkan segala dokumen yang diperlukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Prinsip saya, sesiapa pun pemain yang hadir, saya sebagai pemain profesional perlu akur dengan apa jua jurulatih.

"Beliau mempunyai pandangan yang boleh membantu pasukan negara.

"Tidak mustahil buat saya kerana kami sudah ada (persaingan dalam kalangan) pemain seperti Shahrul Saad, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Dominic Tan, Irfan Zakaria, ia satu perkembangan yang sihat untuk pasukan negara," kata Pemain Muda Harapan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2017 itu dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.






Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyerahkan segala perancangan kepada Cheng Hoe yang pastinya menjurus untuk membentuk sebuah skuad ampuh.

"Jurulatih adalah yang terbaik kerana dialah yang mengetuai pasukan.

"Sebagai pemain saya perlu buat sesuatu, seperti berlatih dengan lebih gigih lagi yang boleh akan membuatkan saya beraksi mantap apabila diletakkan jurulatih di bahagian pertahanan tengah tanpa mengira siapakah gandingan saya kelak.

"Saya perlu berikan sepenuh komitmen jika diturunkan."