Ada sebab kenapa Luqman Hakim diikat lima tahun bersama KV Kortrijk

Oleh Ammar Hakim 8 Ogos 2020 2115
Ada sebab kenapa Luqman Hakim diikat lima tahun bersama KV Kortrijk
Jurulatih PLD Kuala Pilah, Fairureza Kassim, berkongsikan pendapat mengenai peluang dan tempoh masa untuk bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin menyinar di bumi Belgium.

Penyesuaian buat Luqman tidak akan berlangsung dalam masa singkat kerana banyak perkara yang perlu diserap pemain berbakat itu sebaik tiba di Brussels.

Tempoh masa bukan setahun mahupun dua tahun, tetapi minimal adalah empat tahun untuk Luqman benar-benar mampu bersaing dengan suasana baru melibatkan semua perkara.

Itu relevan kenapa kontrak luqman dengan KV Kortrijk berakhir pada 2025.

"Dalam tempoh tahun pertama hingga ketiga, ia adalah tempoh yang paling penting buat Luqman untuk membentuk permainannya daripada segi kemahiran dan teknikal. Bermula tahun keempat adalah waktu dia betul-betul akan menyerlah di sana, sama ada kekal di Eropah atau kembali ke Malaysia. Saya benar-benar berharap dia tidak pulang ke Malaysia," kata Fairuredza. 

Melihat kepada keberkesanan produk pertama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menjadi kewajipan setiap jurulatih seluruh negara memastikan kesinambungan itu berterusan.

Sekaligus Ia beban yang positif buat semua pihak.

Kerana jika produk pertama sudah mampu untuk meletakkan pemain daripada program tersebut di pentas Eropah, skuad utama dalam Liga Malaysia, keluaran kedua harus lebih berkualiti atau sekurang-kurangnya setanding dengan pencapaian awal.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen