VISSEL KOBE 5 JDT 1

Kempen Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bermula dengan langkah kiri apabila tewas 5-1 kepada Vissel Kobe, sebentar tadi.


Vissel bermula dengan cemerlang apabila Keijiro Ogawa membuka jaringan pada minit ke-13, namun pelawat menemui rentak untuk bersaing di bumi Jepun apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti Safawi Rasid selepas bola terkena tangan Thomas Vermaelen dalam kotak penalti.
Bagaimanapun, belum sempat JDT menghembus nafas lega, Kyogo Furuhashi kembali meletakkan Vissel di hadapan sebelum menjadikan kedudukan 3-1 dua minit sebelum perlawanan melewati minit ke-60.

Ketika JDT turut memiliki peluang, perlawanan seakan-akan sudah berakhir pada minit ke-65 apabila Douglas meledak gol keempat tuan rumah sebelum Ogawa menyempurnakan hatrik.

Di sebalik kejayaan Vissel meraih tiga mata dalam aksi pembukaan Kumpulan G itu, bekas pemain Barcelona, Andres Iniesta, merupakan perancang kelab Jepun itu apabila melakukan dua bantuan jaringan serta beberapa hantaran yang memukau sepanjang permainan.


Editor: Ammar Hakim