ACL 2019: JDT masih nanti lawan peringkat kumpulan

Oleh Penulis Jemputan 22 November 2018 1316
ACL 2019: JDT masih nanti lawan peringkat kumpulan
Undian Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 menyaksikan wakil Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), perlu menanti identiti lawan mereka dengan berpeluang mengelak bertemu pasukan pilihan dalam aksi peringkat kumpulan.

JDT diundi dalam Kumpulan E bersama wakil ketiga dari Korea Selatan.

Klasifikasi pasukan itu merangkumi kuota naib juara atau pasukan yang menamatkan kempen di kedudukan ketiga Liga K, Korea Selatan.

Dua pasukan yang berada dalam senarai itu adalah Gyeongnam FC dan Ulsan Hyundai.

Dua lagi pasukan yang akan melengkapkan Kumpulan E adalah pasukan daripada kelompok Timur peringkat play-off membabitkan wakil dari China, Jepun, Australia dan kelab Asia Tenggara.

Sementara itu, satu lagi wakil negara, Perak, akan bermula dengan laluan berliku untuk ke peringkat kumpulan, didahului dengan aksi kelayakan menentang wakil Hong Kong, Kitchee SC.

Jika menang, Perak akan layak ke pusingan play-off dan turut akan bertemu wakil dari Korea Selatan.

ACL dijadualkan membuka tirai pada 5 Februari tahun depan dan berlangsung sehingga 24 November 2019.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen