Abu Bakar kekal bersama PKNP

Oleh Hairi Yahaya 27 November 2017 1157
Abu Bakar kekal bersama PKNP
Abu Bakar Fadzim disahkan kekal untuk dua tahun lagi sebagai ketua jurulatih PKNP FC, sekali gus menamatkan sebarang spekulasi mengenai kedudukannya sebelum ini.

"Di sini saya ingin membuat pengesahan, saya telah menandatangani kontrak bersama pasukan PKNP selama dua tahun," katanya.

Dia mengakui sebelum ini ada mendapat tawaran daripada beberapa pasukan luar seperti Kelantan untuk mendapatkan khidmatnya, namun amanah dan ikrarnya di PKNP perlu direalisasikan dahulu.

"Misi saya di PKNP belum selesai lagi. PKNP perlu menerima banyak lagi halangan dalam kancah liga.  Lagipun, ini kepuasan saya dalam bola sepak, dapat melihat kebangkitan bakat-bakat baru tanah air, terutama dari Perak," jelasnya.

Tidak lupa kepada keprihatinan pasukan Kelantan, jurulatih itu berkata: "Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan Kelantan kerana sudi berhubung dengan saya. 

"Saya rasa cukup dihargai. Terima kasih kepada pengurusan baru KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) di atas sikap terbuka dan mengikuti perkembangan pasukan PKNP," ujarnya.

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen