100 gol tak cukup! Ronaldo rai jaringan ke-101 bersama Portugal

Oleh Ammar Hakim 9 September 2020 321
100 gol tak cukup! Ronaldo rai jaringan ke-101 bersama Portugal
Cristiano Ronaldo mendedahkan kegembiraan ketika meledak gol ke-100 dan 101 bersama skuad Portugal menerusi media sosial, sebentar tadi.

Ronaldo meledak dua gol ketika mengatasi Sweden 2-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA.

Di stadium Stockholm yang sama di mana penyerang itu meledak hatrik ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2014, menyaksikan dia meledak sepakan percuma untuk golnya yang ke-100 buat Portugal.

Ronaldo tidak berakhir di situ apabila meledak gol kedua perlawanan dan yang ke-101 buat Portugal, dengan rekod jaringan terbanyak bersama skuad kebangsaan yang dipegang oleh legenda Iran, Ali Daei kini dalam sasarannya.
 


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen