10 pasukan sertai Piala Sri Kandi Perak

Oleh Azizan Hashim 14 Disember 2019 144
10 pasukan sertai Piala Sri Kandi Perak
Sepuluh pasukan berentap dalam kejohanan bola sepak wanita 9 sebelah merebut Piala Sri Kandi 2019 di Padang Ipoh, Perak pagi tadi. 

Pasukan-pasukan itu terdiri daripada Queens FC ( Ipoh), Taiping Ladies (Taiping), KSC (Tapah), KRS FC (Taiping), Sollo Setiawangsa (KL), Ombak FC (KL), EX Maju Girls (Selangor), PFWM FC (Selangor),  KENIT FC (ATM) dan WSF Malaysia (Selangor). 

Kejohanan julung kali yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 3,750 itu anjuran Perak Queens Club dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Persatuan Pemain Bolasepak Wanita Malaysia dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA). 

Kejohanan itu dirasmikan oleh Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pagi tadi.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen