Jennifer Brady mara ke separuh akhir kejohanan grand slam buat kali kedua selepas menewaskan rakan senegaranya, Jessica Pegula, 4-6, 6-2, 6-1 dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia sebentar tadi.

Pemain bukan pilihan daripada Amerika Syarikat (AS), Pegula, memenangi set pertama di bawah cuaca panas di Melbourne tetapi pemain pilihan ke-22, Brady, bangkit untuk mengungguli pertemuan itu.

Brady kini akan mencongak perhitungan separuh akhir keduanya dalam kejohanan utama selepas turut layak ke peringkat itu dalam Terbuka AS tahun lalu.

Dia akan berdepan Karolina Muchova, yang mengejutkan pilihan utama kejohanan, Ash Barty, dalam penentuan ke final di Melbourne Park esok.

Brady hanya melepaskan 17 game sepanjang pejalannya ke suku akhir -- rekod terendah yang dilakukan mana-mana pemain sehingga ke peringkat itu -- dan hanya mensia-siakan dua servis dalam proses berkenaan.