Selangor Megainn, Segamat BA berentap dalam final esok 

Oleh Penulis Jemputan 11 November 2017 91
 Selangor Megainn, Segamat BA berentap dalam final esok 
Selangor Megainn membalas dendam kekalahan dalam separuh akhir Liga Bola Keranjang Wanita musim lalu apabila menewaskan NS Matrix 72-61 untuk mara ke final, esok.

Tewas kepada KL Binapuri dalam edisi 2016, Selangor Megainn yang mempertaruhkan dua tonggak kebangsaan, Chong Yin Yin dan Ooi Poh Yee, cemerlang seawal suku pertama untuk mendahului 24-16. 

Dalam suku akhir, NS Matrix mempamerkan kebangkitan dengan menambah 13 mata, namun Megainn mengekalkan kelebihan untuk menamatkan aksi separuh masa pertama 36-29. 

Biarpun pernah menewaskan NS Matrix di peringkat liga sepusingan, Megainn tidak memandang rendah keupayaan lawan yang sudah pasti mempertaruhkan kudrat import dari Filipina, Gemma Miranda. 

Megainn terus menguasai permainan dalam suku suku ketiga biarpun diasak hebat untuk terus mendahului 59-43. 

Enggan memberi kemenangan mudah buah Megainn, Matrix bangkit dalam suku keempat dan berjaya menambah 18 mata. 

Namun, kebangkitan itu tidak cukup untuk mengubah kedudukan dengan permainan berkesudahan 72-61. 

Lawan Megainn dalam final esok adalah Segamat BA yang berjaya menoktahkan kemaraan KL Binapuri dengan keputusan 76-47. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen